August 12, 2015

Blue Dress


Si ibu meminta saya mencantikkan dress anak kecil beliau. Lace disediakan sendiri oleh si ibu. Saya hanya menjahit lace tersebut. Fabric flower dan beads adalah dari saya sendiri.

Pilihan warna beads dan fabric flower juga adalah pilihan si ibu. Bila siap, anak dara saya pula cemburu. Dia nak macam ni juga katanya.. hehehe















Tudung


Kali ni perincian manik di tudung bawal. Agak mencabar kerana fabrik tudungnya yang amat lembut dan nipis. Amat-amat memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya.



















New Update


As salam. Lamanya saya tidak update blog saya ni. Bukan bermakna saya tidak mengambil lagi tempahan jahitan manik ye. Cuma terlalu sibuk dengan tempahan yang ada. Gambar pula banyak yang belum diedit lagi. Saya cuba edit satu persatu gambar hasil jahitan manik dari saya dgn kadar segera. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang sudi singgah sebentar di blog saya yang tidak seberapa ini. Di blog inilah saya mencurahkan segala hasil jahitan manik. Cepat atau lambat tetap saya update perkembangan terkini hasil-hasil jahitan manik dari saya.


Kali ini busana dari Miri, Sarawak. Sebanyak 4 helai busana dihantar kepada saya untuk ditata riaskan dgn manik. Dan design manik adalah pilihan dari empunya busana sendiri. 


Design 1: Lace Crumble











Design 2: Simple Crumble





Design 3: Simple Crumble + bunga labuci


Design 4: Blue Pink Crumble
(design ni empunya busana berikan gambar. Beliau meminta saya jahitkan design manik seperti dalam gambar. Saya panggil design ni Blue Pink Crumble.. da tak tahu nak letak nama apa sebenarnya.. hehehe)












March 10, 2015

Busana Pengantin


Pengantin mahukan percikan crumble di bahagian pinggang
busana, bahu dan lace di lengan busana.
Dan... tadaaaaa.. inilah hasilnya..


















Fabric Flower



Busana utk majlis bertandang di pihak pengantin lelaki.