SELAMAT DATANG ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...
Jutaan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya ini. Kepada mereka yang telah menempah hasil jahitan manik saya, semoga anda berpuas hati di atas perkhidmatan yang telah saya berikan. Semua gambar jahitan manik yang dipamerkan di blog ini adalah hasil daripada kerja tangan saya sendiri.
Melihatkan hasil yang sungguh cantik dan berwarna-warni, hati ini rasa terpanggil juga untuk mempamerkan segala koleksi jahitan manik yang saya ada di blog ini..
Menerima tempahan jahitan manik pada Busana anda.. seperti Baju Kurung, Jubah, Tudung, T-Shirt, Seluar, Skirt dan sbgnya..
Jika berminat hubungi atau sms saya untuk keterangan lanjut mengenai tempahan dan harga.
Jahitan manik tabur untuk baju batik Kak Azlina. Dia minta bahagian leher,lengan dan hadapan bajunya yang berbunga dihiasi dengan manik.. Ala-ala glamer gitu kata kak Azlina.
Bila tengok kak Azlina tersenyum puas hati, fyda pun lagi suka.. hihi.. Sempat lagi kak Azlina tanya boleh tak kalau dia nak hantar baju utk jahit manik lagi? Jawabku, "boleh bah kalau kau".... hihihi.......
Jahitan manik beriring warna pink dan warna kuning keemasan for my little princess again.. Baju ni baju raya Balqis... Diserikan dgn kuntuman bunga yg comel dari manik beras warna pink juga.. so simple but sweet je kan ..
Jahitan manik ini adalah hasil kombinasi jahitan manik lalang dan jahitan manik bunga bintang.Baju ni sebenarnya baju blouse.. Baju ni nampak kosong aje, takde yg istimewa. Fyda pun make over la blouse ni dgn jahitan manik bunga bintang.. Dan hasilnya cukup cantik.. Skrg baju blouse ni takdelah kosong lagi..
notes*** alahai tak pandai tol la fyda nak bagi nama-nama jahitan manik ni.. huhu
Jahitan pada lengan baju sahaja... Simple tapi menarik..
notes*** nak ucapkan byk2 terima kasih pd kak amoi (cikgu saya) krn bg keizinan utk sy jadikan beberapa design jahitan maniknya sbg panduan saya..Spt gmbr diatas, merupakan salah satu koleksi jahitan drpd kak amoi tapi hanya sbg panduan shj, jahitan tetap original dari hasil kerja tgn saya sendiri...
Jahitan ni hanya menggunakan stones.. Tuan baju ni customer Kak Azlina.. Dia request agar fyda buat design jahitan menggunakan stones sahaja spt yg dikehendaki empunya baju ni..
Gaun ni my little princess punyer.. mula tu tengok mcm kosong je lehernya tu.. Jadi fyda pun apa lagi, jahitkanlah manik "baby daisy" ni untuk Balqis.. Baru nampak cantik gitu..
::MENAWARKAN HARGA BERPATUTAN MENGIKUT BAJET & KEHENDAK ANDA::
~HUBUNGI SAYA~
::name:: }norafidah bte zainuddin (fyda) {
::e-mail:: }jejarikreatif@yahoo.com{
::sms / whatsapp / wechat:: } 013~207 5154 {
MY BUSINESS CARD
~NASIHAT FYDA' JEJARI KREATIF'~
Sekiranya anda berminat untuk mendapat sentuhan jari jemari Fyda 'Jejari Kreatif', boleh menghubungi saya untuk membuat tempahan@booking dahulu sekiranya baju belum lagi dibuat.
P/S::
Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan jahitan pada leher sehingga paras perut@pusat, sebelum menempah baju anda dinasihatkan memaklumkan kepada tailor/tailoress supaya pelapik didalam pada leher dilabuhkan sehingga paras yang anda ingin kan. Dengan adanya pelapik, jahitan dibelakang baju lebih kemas kerana tersorok. ini sekadar cadangan, kalau x buat pun ok..terima kasih.
~Tempahan kurang daripada RM150 kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan sendiri
:TEMPOH TEMPAHAN::
Bergantung jenis fabrik dan pattern.
::HARGA PATERN::
Boleh dirunding mengikut kehendak pelanggan & bajet.
Bagi baju kurung/kebaya/kurung moden dan sewaktu dengannya.. pos baju sahaja yer..
tapi kalau baju kosong, kain corak sila pos kedua-duanya (untuk memadankan warna manik pada baju).
Tips: * Bagi memastikan busana anda selamat dalam perjalanan saya sarankan bungkus dahulu busana tersebut dalam beg plastik @ apa2 yang selamatlaa.. bagi mengelakkan kerosakan pada busana tersebut semasa dalam perjalanan nak kerumah saya nii.. heehehe..