seni kreatif sulaman manik & labuci


SELAMAT DATANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...

Jutaan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog
saya ini. Kepada mereka yang telah menempah hasil jahitan manik saya, semoga anda berpuas hati di atas perkhidmatan yang telah saya berikan. Semua gambar jahitan manik yang dipamerkan di blog ini adalah hasil daripada kerja tangan saya sendiri.

Melihatkan hasil yang sungguh cantik dan berwarna-warni, hati ini rasa terpanggil juga untuk mempamerkan segala koleksi jahitan manik yang saya ada di blog ini..

Menerima tempahan jahitan manik pada Busana anda.. seperti Baju Kurung, Jubah, Tudung, T-Shirt, Seluar, Skirt dan sbgnya..


Jika berminat hubungi atau sms saya untuk keterangan lanjut mengenai tempahan dan harga.

Sms / Whatsapp / Wechat : 013-207 5154 (fyda)
Email: jejarikreatif@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada yg ingin membuat tempahan bolehlah sms/emel sy utk harga dan keterangan lebih lanjut...

Terima Kasih.....

Salam Sayang,


Antara design beads dari saya...

Antara design beads dari saya...

October 24, 2011

Busana Puan Liza


Busana kedua dari Puan Liza.
Busana pertama Puan Liza memilih
design "panca delima" utk diserikan pd
busana kurung moden beliau..

Busana kedua ini, Puan Liza meminta utk
dihighlightkan sulaman bunga2 yg ada pd busana jubah
beliau dan minta diserikan dgn beads & sequins pd
bahagian pinggang busana jubah beliau agar tidak
terlalu kosong dibahagian tersebut..

so, inilah hasilnya..
^_^














October 12, 2011

Busana Suhana

Busana milik Suhana dari Beranang, Selangor..
Memilih design "Baiduri Passion"
utk dihiasi di hujung lengan
dan bwh busana beliau..

Suhana memberikan sy masa yg cukup utk
menyiapkan baju beliau..
dan sy pun mmg enjoy masa menjahit busana
suhana ni.
warna busananya ni menenangkan mata yg
memandangnya..

Sebelum menghantar busana suhana ni
sy tunjukkan dulu hasilnya..
dan alhamdulillah suhana amat2 berpuas hati dgn
hasil jahitan dan pemilihan warna beads
utk busananya..

dan sy pun amat gembira dan berpuas hati juga
bila customer puas hati dgn hasil kerja kita...
^_^








September 18, 2011

Busana Puan Liza



Busana milik Puan Liza dari JPJ Sandakan.

Slh satu koleksi manik JK utk hari raya aidilfitri baru2 ni..
dan masih byk lagi gmbr jahitan manik hari raya yg JK belum
berkesempatan utk edit dan upload...
Insyallah, lepas ni satu persatu koleksi gmbr jahitan manik
utk raya baru ni akan JK upload utk tatapan anda
yg setia melihat hasil jahitan dari JK...

Puan Liza menghantar 2 helai busananya, iaitu kurung moden
dan jubah yg minta diserikan dgn manik dan labuci..

Busana kurung moden ini Puan Liza memilih design " Panca Delima"
di bahagian leher dan lengan busananya...

Busana ni mengambil masa lebih kurang 4-5 hari utk disiapkan
sepenuhnya sbb byk sgt iklan masa menjahit
manik pd busana Puan Liza ni.. hehe




















September 12, 2011

Busana Cikgu Anis



~ Manjalara Salju ~


Baju kedua dan yg terakhir dari Cikgu Anis
sbb cikgu Anis da transfer pindah ke semenanjung semula...
Bestnyer....

Bilalah turn kiter pulak ni... huhu
(menunggu dgn penuh sabar ni.... hehe)

kainnya amatlah nipis dan menguji kesabaran..
Sekali lagi busana cikgu Anis ni da lama siap..
cuma masa saja yg x mengizinkan sy utk upload gmbr baju
cikgu Anis di sini
huhuhuhuhu....

Semua baju dari customer sy akan upload juga cuma
cepat@lambat sahaja.. :)
Almaklumlah klu sy da menghadap depan komputer ni
mmg xde can la anak sy yg sulung (baru umur 5 thn)
nak main game.. hehehe


Jadi sy beralah la demi anak... hehe...








Busana Cikgu Hajar



Baju ni kepunyaan Cikgu Hajar a.k.a merangkap kawan ILPSDK kat sini..
Baju ni sebenarnya da lama siap dan tuan bdn
pun da melaram dgn baju ni... :)
Fyda je yg lambat upload gmbr ni.. huhu

Cikgu Hajar nak pakai utk kenduri kahwin katanya..
Mahukan design yg menjalar supaya org dlm dewan tu nti blh nmpk..
hehehe..

Cikgu Hajar ni tinggi dan kurus je orgnya. Satu family cikgu Hajar memilih
warna sedondon "kelabu"..


















July 26, 2011

Issandra @Pink + Green@



Busana ni da lama siap cuma x sempat nak upload
krn sibuk menyiapkan tempahan
yg lain..
Terperam aje, nasib baik x jadi tempoyak..
hehehe
...

Sy cuba juga mencari masa utk upload
gmbr2 busana yg dihiasi
sulaman manik utk tatapan mereka yg meminati hasil
sulaman manik dari sy
...

Terima kasih byk2 kpd mereka yg sentiasa
menyokong sy
.....

Tuan busana ini mahukan design
yg dihiasi dgn bunga-bungaan berserta daun sbg penyeri
di hujung lengan dan
keliling bawah busananya..
......

Issandra menjadi pilihan dan
color pink menjadi penyeri busana
berwarna hijau rumput
...

Bak kata tuan busana, "dari jauh
da boleh nmpk".
......


















June 16, 2011

Busana Cikgu Anis



Cikgu Anis ni rumahnya berdekatan
blok je dgn blok uma fyda..
Sebelum cikgu Anis pindah semula ke semenanjung
dia sempat hantar 2 pasang baju utk dimanikka
n
di area tangan dan bawah baju
......

Ini baju pertama cikgu Anis yg inginkan
design "Anggerik Rimba"
menghiasi hujung lengan baju kurungnya kali ini...
Nak kelainan sikit katanya.. ^_^

















Related Posts with Thumbnails